Islamic Widget

Wednesday, February 11, 2009

Pengertian Khat

PENGERTIAN KHAT
Dari segi bahasa : Memindahkan idea-idea dari alam pemikiran, kekuatan imaginasi kepada alam nyata atau metarial seperti kertas,kulit ,batu dan sebagainya melalui hasil kerja pena dan tangan sesetengah ahi bahasa menyamakan makna khat dengan tulisan simbolik nombor kaligrafi dan hireografi.

Dari segi istilah : Mengambarkan lafaz-lafaz dan ibarat dalam bentuk huruf-huruf alfobel ( huruf-huruf ejaan ) dan abjad mengikut hukum - hukum tertentu seperti seni tataletak , aturhuruf, reka bentuk, tanda bernoktah, penyusunan dan sebagainya ( mengikut takrif pengarang Jam'ul Jawaami )

Sifat semulajadi Khat.
Sifat semulajadi yang tersembunyi disebalik seni khat boleh dibahagikan kepada tiga bahagian

Khat dari perpektif ilmu : Khat mempunyai asal -usul yang tetap dan kaedahnya mantap lagi tersendiri seperti mana yang telah direkaciptakan oleh orang -orang terdahulu sebelum ini. Mereka merupakan Pelopor kaedah- kaedah tersebut sebagai usaha petunjuk dan pemudah cara kepada generasi yang akan datang. Bagi menguasai dunia seni khat, seseorang itu hendaklah benar-benar mahir dan biasa dengan kaedah tersebut .

Khat dari sudut kesenian : Secara amnya ,dapatlah digambarkan bahawa ia mempunayi keindahan semulajadi ,Ia akan terhasil daripada kematangan pemikiran penulis didalam mengimaginasikan dan sekaligus menterjemahkan didalam bentuk tulisan sehingga mampu melahirkan rumpun kalimah yang begitu indah dan abstrak. Setiap penulisan mempunyai keunikan semulajadi tersendiri mengikut luahan rasa jiwa masing-masing Keindahan ini tidak akan berhasil tanpa Adanya latihan yang berterusan dan berpanjangan.

Khat dari sudut falsafah : Setiap jenis khat mempunyai falsafah yang tersendiri contoh :
1) Khat Kufi : Khat ini telah muncul sejak zaman jahilliyan lagi dan bercirikan bentuk tulisan tegak dan berpetak ia amat sesuai dengan jiwa dan sifat mereka yang semulajadi sukakan kekasaran dan kekerasan .
2) Khat ThuluthIa muncul pada zaman kerajaan Abbasiyah .Pada zaman ini telah berlaku perubaha yang begitu pesat dalam dunia senireka huruf dan lakaran hiasqan corak Ini bersesuaian dengan masyarakatnya yang cintakan ilmu pengetahuan .

1 comment: