ni adalah kitab tafsir yang sedang dalam proses untuk ditulis.ana ditugaskan untuk menulis hadith-hadith yang terdapat dalam salinan asal dengan menggunakan khat Nasakh..Ketua penulis kitab ni ialah Dr Sulaiman Bin Ibrahim,pensyarah kanan Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan,UKM (pensyarah ana).Projek tafsir ni dijangka siap ditulis dalam masa 5 - 6 tahun lagi.
Islamic Widget
Monday, February 16, 2009
Khat ana di Masjid Al-Muhajirin Matang Jaya,Kuching Sarawak.
Karya ana
Pertandingan Kaligrafi Arab 2006 Peringkat Kebangsaan.
Pertandingan Kaligrafi Arab & Cina Pedoman Ulung Pertama Di Malaysia 2004
Keluargaku
Pertandingan Kaligrafi Arab 2006 Peringkat Kebangsaan.
Ana bersama Muiz, sahabat ana dari Perak ketika penyampaian hadiah Pertandingan Kaligrafi Arab 2006 bertempat di Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur. Masa ni ana mendapat tempat ke 2 kategori bawah 19 tahun..ana berpeluang buat demonstrasi penulis khat bersama sifu-sifu khat seperti Ust Nik Abdul Rahman, Ust Fadil dan lain-lain..
Wednesday, February 11, 2009
Pengertian Khat
PENGERTIAN KHAT
Dari segi bahasa : Memindahkan idea-idea dari alam pemikiran, kekuatan imaginasi kepada alam nyata atau metarial seperti kertas,kulit ,batu dan sebagainya melalui hasil kerja pena dan tangan sesetengah ahi bahasa menyamakan makna khat dengan tulisan simbolik nombor kaligrafi dan hireografi.
Dari segi istilah : Mengambarkan lafaz-lafaz dan ibarat dalam bentuk huruf-huruf alfobel ( huruf-huruf ejaan ) dan abjad mengikut hukum - hukum tertentu seperti seni tataletak , aturhuruf, reka bentuk, tanda bernoktah, penyusunan dan sebagainya ( mengikut takrif pengarang Jam'ul Jawaami )
Sifat semulajadi Khat.
Sifat semulajadi yang tersembunyi disebalik seni khat boleh dibahagikan kepada tiga bahagian
Khat dari perpektif ilmu : Khat mempunyai asal -usul yang tetap dan kaedahnya mantap lagi tersendiri seperti mana yang telah direkaciptakan oleh orang -orang terdahulu sebelum ini. Mereka merupakan Pelopor kaedah- kaedah tersebut sebagai usaha petunjuk dan pemudah cara kepada generasi yang akan datang. Bagi menguasai dunia seni khat, seseorang itu hendaklah benar-benar mahir dan biasa dengan kaedah tersebut .
Khat dari sudut kesenian : Secara amnya ,dapatlah digambarkan bahawa ia mempunayi keindahan semulajadi ,Ia akan terhasil daripada kematangan pemikiran penulis didalam mengimaginasikan dan sekaligus menterjemahkan didalam bentuk tulisan sehingga mampu melahirkan rumpun kalimah yang begitu indah dan abstrak. Setiap penulisan mempunyai keunikan semulajadi tersendiri mengikut luahan rasa jiwa masing-masing Keindahan ini tidak akan berhasil tanpa Adanya latihan yang berterusan dan berpanjangan.
Khat dari sudut falsafah : Setiap jenis khat mempunyai falsafah yang tersendiri contoh :
1) Khat Kufi : Khat ini telah muncul sejak zaman jahilliyan lagi dan bercirikan bentuk tulisan tegak dan berpetak ia amat sesuai dengan jiwa dan sifat mereka yang semulajadi sukakan kekasaran dan kekerasan .
2) Khat ThuluthIa muncul pada zaman kerajaan Abbasiyah .Pada zaman ini telah berlaku perubaha yang begitu pesat dalam dunia senireka huruf dan lakaran hiasqan corak Ini bersesuaian dengan masyarakatnya yang cintakan ilmu pengetahuan .
2) Khat ThuluthIa muncul pada zaman kerajaan Abbasiyah .Pada zaman ini telah berlaku perubaha yang begitu pesat dalam dunia senireka huruf dan lakaran hiasqan corak Ini bersesuaian dengan masyarakatnya yang cintakan ilmu pengetahuan .
Pengenalan Seni Khat
Seni adalah jiwa dan jiwa adalah seni. Jiwa yang tidak berseni dan seni yang tidak berjiwa adalah seni yang mati dan jiwa yang mati´ – Amiera_ns. Ungkapan yang lebih ironis tentang memahami kesenian Islam ini menggambarkan betapa halusnya nilai seni yang terpancar pada setiap huruf seni khat. Lakaran-lakaran seni dan tulisan diadun bahasa fikir sehingga menjadi untaian tali jiwa dalam memahami erti kehidupan segajat, membangkitkan nafsu kecintaan sesama manusia juga kepada Maha Pencipta – konsep seni dalam silaturrahim Islam.
Kesenian unggul dalam Islam terpancar pada Ummul Kitab (al-Quran) yang diturunkan sebagai panduan dan pedoman untuk semua umat manusia. Naskhah lengkap panduan hidup umat Islam merupakan seni yang tidak dapat ditangkis oleh mana-mana kesenian kerana ketinggian nilai budi, saranan akhlak juga peraturan hidup manusia. Dr Venetia Porter, Kurator Muzium British yang juga seorang pengkaji kesenian Islam menyatakan, tulisan merupakan antara elemen terpenting untuk menyampaikan sesuatu maksud sebagai gambaran pelbagai kejadian yang berlaku. Sistem tulisan Arab – wadah yang mengungkap maknawi bahasa Al-Quran menjadi pengikat ukhwah dan penglahiran perasaan mengagungkan Maha Pencipta.
Keistimewaan sistem tulisan Arab (jawi) ini penentu ciri kesenian Islam yang melampaui batasan dan sempadan. Tulisan-tulisan Arab ini dizahirkan kepada bentuk yang seni oleh seniman Islam. Objek penglahirannya berlegar disekitar kosmos alam yang bersangkutan dengan keagungan Tuhan. Bertitik tolak dari inilah muncul kesenian seni kaligrafi Islam yang telah dimulai dari sejak Islam lahir ke muka bumi ini. Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ´seni khat´ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keIslamannya. Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh.
Fakta yang tercatat daripada sumber bertulis – seorang sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi. Tulisan-tulisan yang dihasilkan dinamakan Kufic (Kufi) iaitu tulisan yang tidak bercantum. Ia digunakan sehingga kurun ke-12. Pada kurun ke 10 – seni kaligrafi Islam tersebar ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni. Tulisan kaligrafi Islam ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu khat Kufi, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat Thuluth, Khat Riqa. Tulisan kaligrafi dari jenis Nasakh dijadikan asas dalam mempelajari sistem tulisan Arab di negara berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)