Islamic Widget

Wednesday, December 16, 2009

Khattat Malaysia


yg berwarna biru tu nama ana..karya Mr Waleed Subhi Karajah yang merupakan khattat Turki yang bermastautin di Amman Jordan. Beliau merupakan anak murid kepada Mehmet Ozcay..

Karya guruku Mr Waleed..


ni adalah nama ana..:)

Monday, December 14, 2009

Namaku...

alhamdulillah syukur rezeki Allah..kali ni ana berpeluang berguru dengan pakar khat dari Jordan Mr Waleed Subhi Karajah..khat ni di hadiahkan beliau untuk ana..
Add Image

Saturday, October 24, 2009

Surah Al-Fatihah ayat 6


" Tunjukkanlah kami jalan yang lurus" ayat 6 Surah Al-Fatihah
karya yang baru disiapkan pada 25/10/09 dengan menggunakan dakwat warna biru muda dan pena dari buluh Khaizaran. Saja nak test buluh yang baru diraut. Alhamdulillah dengan izin Allah ana dapat menyiapkan dalam tempoh sejam..

Friday, October 23, 2009

Hasil Tulisanku di Masjid Al-Muhajirin,Kuching Sarawak














Pada tahun 2008 yang sekian lama dah berlalu, ana telah dtawarkan oleh YB Datuk Haji Daud bin Abdul Rahwan, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ( Hal Ehwal Islam ) untuk menghiaskan dinding masjid dengan tulisan khat. Hasil perbincangan bersama, beliau menyuruh ana menulis Surah Al-Insyirah. Namun begitu, ana hanya memuatkan surah tersebut pada satu bahagian dari 4 bahagian yang terdapat pada kubah masjid tersebut. Pada 3 bahagian lagi ana tulis Surah Al-Asr..Manakala pada bahagian tempat imam pula, ana tulis surah Al-Fatihah dengan menggunakan khat Diwani Jali. Seterusnya di setiap dinding masjid ana tulis beberapa potong ayat dari surah Al-Baqarah dan surah Al-Jumuah. Jangka masa untuk ana menyiapkan hasil karya tersebut memakan masa 4 bulan lebih. Kebetulan pada masa tersebut ana baru tamat exam STPM. Di sini ana mempamerkan beberapa karya tersebut..

Monday, September 14, 2009

Koleksi Qalam Milik Sendirian Bhd.

dari kiri : pensel 2B, rotan,buluh perindu, khaizaran (buluh yang di hadiahkan oleh guru ana Ahmed Al-Amin dari Libya), batang resam,buluh cina dan pen khat.

Ust Ezat Azraai Jamsari

Persembahan Silat di Central Market KL




Gambar ni diambil setelah ana dan geng2 Seni Gayung Fatani UKM membuat perform silat..Selain khat ana bergiat aktif dengan pertubuhan tersebut.Setakat ni ana masih berguru dengan Guru Kanan Seni Gayung Fatani iaitu Cikgu Roslan bin Abd Salam..

Sekitar Pertandingan Peringkat IPTA/S anjuran MSU






salah satu karya khat yang ana upload adalah karya khat ana..alhamdulillah ana mendapat johan, kedua Nik Nadzri (UIAM), Udzair (UIAM).

Surah Al-Ikhlas Berbentuk Bulat


Khat ni ana tulis sementara nak tunggu berbuka puasa..balik je dari kuliah pukul 4,lepas solat ana terus tulis...ada masa free sikit ana curi masa dengan menulis, rasa lega bila dapat menulis..

Khat Diwani Jaliy


Ni lah pertama kali ana buat diwani jaliy setelah setahun tak menulis diwani jaliy..

Surah Al-Ikhlas Berbentuk Bujur


Khat ni ana siapkan selama 2 jam lebih..Agak sukar nak dapat tarkib yang indah..

Surah Al-Ikhlas


Assalamualaikumussalam sahabat2 khattat..sekian lama berlatih huruf sambung akhirnya ana di izinkan Allah untuk menyiapkan sebuah karya baru yang x seberapa ni..di harap sahabat2 khattat boleh memberi komen..khat ni telah di tashih oleh ust Zawadi ketika ana berjumpa dengan beliau di Fakulti Pendidikan UKM.

Saturday, May 23, 2009

Bersama Khattat Ahmad Al-Ameen, Libya


gambar ni d ambil semasa ana belajar khat bersama khattat ahmad al Ameen dari Libya..walaupun tempat kurang selesa ana manfaatkan masa bersama beliau untuk mengajar ana beberapa qawaid huruf tunggal dan huruf sambung..beliau anak murid kepada Faroud Haddad, Syria..hobi beliau menulis khat dan sekarang beliau masih menyambung belajar dalam bidang master Kejuteraan Awam,UKM.

Sunday, April 5, 2009


khat ni ana tulis masa ana jd guru sandaran kat SK Jalan Hj Baki,Kuching S'wak..masih banyak kesilapan dari qawaid...minta komen dr pencinta khat sekalian..
ni latihan huruf tunggal yang ana buat utk d tashih oleh ust abdul baki..spatutnya ana upload kat forum beliau..tapi ana xpandai nak upload..hehehe

ni nama kawan ana..Muhammad Naim..kpada khattat2 sekalian..silalah komen..

alhamdulillah..ni je yang mampu ana tulis..agak susah nak berkarya kalau xde ms yang agak panjang..basmallah ni ana tulis semasa bermalam kat rumah guru ana,ust Ilham..ana berpeluang blajar kaedah khat Thuluth dengan dia..dakwat yang ana guna ni guru ana yg punya..seronok blajar smp xsedar jam dah menunjukkan pkl 4 pagi..hehehe

dah lama x berkarya..agak susah nak berkarya ni,lbih2 lg sibuk dgn assignment..alhamdulillah ana pamerkan di sini hasil karya ana yang dah di tashih oleh guru ana..ust Ilham..

Tuesday, March 3, 2009

Karya Penulis Khat Libya




khat ni ditulis oleh penulis khat dari Libya..ana tak kesempatan berjumpa dengan dia kerana kebetulan masa tu ana berada di sebelah dia dan dia sedang bercakap dengan pekerja yang menjaga booth di pusanika UkM.Pada mulanya ana menyangka dia saja2 datang booth tersebut, tp dia sedang mengulas buku yang ditulis oleh ust Nik Abdul Rahman..khat ni dia hadiahkan kepada pekerja booth tersebut..sedih xsempat bercakap ngan dia..dia lalu tanpa meninggal pesan...hehehehe

Monday, February 16, 2009

Projek Tafisr 'Perbendaharaan Al-Qur'an











ni adalah kitab tafsir yang sedang dalam proses untuk ditulis.ana ditugaskan untuk menulis hadith-hadith yang terdapat dalam salinan asal dengan menggunakan khat Nasakh..Ketua penulis kitab ni ialah Dr Sulaiman Bin Ibrahim,pensyarah kanan Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan,UKM (pensyarah ana).Projek tafsir ni dijangka siap ditulis dalam masa 5 - 6 tahun lagi.

Khat ana di Masjid Al-Muhajirin Matang Jaya,Kuching Sarawak.

khat ni ana tulis masa cuti lepas tamat STPM 2008.ambil masa 2 minggu untuk disiapkan..menggunakan cat minyak 100%.Khat ni ana tulis di dinding hadapan ruang solat imam..

Karya ana

Khat ni ana tiru dari hasil karya ust Nik Abdul Rahman..kurang memuaskan..ambil ms 2 hari utk di siapkan...hehehehe

Pertandingan Kaligrafi Arab 2006 Peringkat Kebangsaan.

alhamdulillah,masa ni ana dapat naib johan kategori bawah 19 Tahun. Penyampaian hadiah bertempat di Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur..

Pertandingan Kaligrafi Arab & Cina Pedoman Ulung Pertama Di Malaysia 2004


ni masa ana tingkatan 4 tahun 2004. kali pertama ana bertanding khat peringkat kebangsaan, alhamdulillah dapat saguhati..masa ni ana juz guna marker dan mounting board, tak reti nak guna resam dan blm lg mengenali gloss paper...:)

Keluargaku


Dari kiri Syaihan (kakak), emak, Fakhzan (bang long), Hafdan (bang Op), Abdus-salam (ana)
Duduk dari kiri Siti Khadijah (adik bongsu), bapa dan Halimatus-Sa'adiyah (adik)

Pertandingan Kaligrafi Arab 2006 Peringkat Kebangsaan.


ana bersama ust Nik Abdul Rahman..masa ni ust Nik dapat tempat ke 2 kategori dewasa..

Pertandingan Kaligrafi Arab 2006 Peringkat Kebangsaan.


Ana bersama Muiz, sahabat ana dari Perak ketika penyampaian hadiah Pertandingan Kaligrafi Arab 2006 bertempat di Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur. Masa ni ana mendapat tempat ke 2 kategori bawah 19 tahun..ana berpeluang buat demonstrasi penulis khat bersama sifu-sifu khat seperti Ust Nik Abdul Rahman, Ust Fadil dan lain-lain..

Wednesday, February 11, 2009

Pengertian Khat

PENGERTIAN KHAT
Dari segi bahasa : Memindahkan idea-idea dari alam pemikiran, kekuatan imaginasi kepada alam nyata atau metarial seperti kertas,kulit ,batu dan sebagainya melalui hasil kerja pena dan tangan sesetengah ahi bahasa menyamakan makna khat dengan tulisan simbolik nombor kaligrafi dan hireografi.

Dari segi istilah : Mengambarkan lafaz-lafaz dan ibarat dalam bentuk huruf-huruf alfobel ( huruf-huruf ejaan ) dan abjad mengikut hukum - hukum tertentu seperti seni tataletak , aturhuruf, reka bentuk, tanda bernoktah, penyusunan dan sebagainya ( mengikut takrif pengarang Jam'ul Jawaami )

Sifat semulajadi Khat.
Sifat semulajadi yang tersembunyi disebalik seni khat boleh dibahagikan kepada tiga bahagian

Khat dari perpektif ilmu : Khat mempunyai asal -usul yang tetap dan kaedahnya mantap lagi tersendiri seperti mana yang telah direkaciptakan oleh orang -orang terdahulu sebelum ini. Mereka merupakan Pelopor kaedah- kaedah tersebut sebagai usaha petunjuk dan pemudah cara kepada generasi yang akan datang. Bagi menguasai dunia seni khat, seseorang itu hendaklah benar-benar mahir dan biasa dengan kaedah tersebut .

Khat dari sudut kesenian : Secara amnya ,dapatlah digambarkan bahawa ia mempunayi keindahan semulajadi ,Ia akan terhasil daripada kematangan pemikiran penulis didalam mengimaginasikan dan sekaligus menterjemahkan didalam bentuk tulisan sehingga mampu melahirkan rumpun kalimah yang begitu indah dan abstrak. Setiap penulisan mempunyai keunikan semulajadi tersendiri mengikut luahan rasa jiwa masing-masing Keindahan ini tidak akan berhasil tanpa Adanya latihan yang berterusan dan berpanjangan.

Khat dari sudut falsafah : Setiap jenis khat mempunyai falsafah yang tersendiri contoh :
1) Khat Kufi : Khat ini telah muncul sejak zaman jahilliyan lagi dan bercirikan bentuk tulisan tegak dan berpetak ia amat sesuai dengan jiwa dan sifat mereka yang semulajadi sukakan kekasaran dan kekerasan .
2) Khat ThuluthIa muncul pada zaman kerajaan Abbasiyah .Pada zaman ini telah berlaku perubaha yang begitu pesat dalam dunia senireka huruf dan lakaran hiasqan corak Ini bersesuaian dengan masyarakatnya yang cintakan ilmu pengetahuan .

Pengenalan Seni Khat

Seni adalah jiwa dan jiwa adalah seni. Jiwa yang tidak berseni dan seni yang tidak berjiwa adalah seni yang mati dan jiwa yang mati´ – Amiera_ns. Ungkapan yang lebih ironis tentang memahami kesenian Islam ini menggambarkan betapa halusnya nilai seni yang terpancar pada setiap huruf seni khat. Lakaran-lakaran seni dan tulisan diadun bahasa fikir sehingga menjadi untaian tali jiwa dalam memahami erti kehidupan segajat, membangkitkan nafsu kecintaan sesama manusia juga kepada Maha Pencipta – konsep seni dalam silaturrahim Islam.

Kesenian unggul dalam Islam terpancar pada Ummul Kitab (al-Quran) yang diturunkan sebagai panduan dan pedoman untuk semua umat manusia. Naskhah lengkap panduan hidup umat Islam merupakan seni yang tidak dapat ditangkis oleh mana-mana kesenian kerana ketinggian nilai budi, saranan akhlak juga peraturan hidup manusia. Dr Venetia Porter, Kurator Muzium British yang juga seorang pengkaji kesenian Islam menyatakan, tulisan merupakan antara elemen terpenting untuk menyampaikan sesuatu maksud sebagai gambaran pelbagai kejadian yang berlaku. Sistem tulisan Arab – wadah yang mengungkap maknawi bahasa Al-Quran menjadi pengikat ukhwah dan penglahiran perasaan mengagungkan Maha Pencipta.

Keistimewaan sistem tulisan Arab (jawi) ini penentu ciri kesenian Islam yang melampaui batasan dan sempadan. Tulisan-tulisan Arab ini dizahirkan kepada bentuk yang seni oleh seniman Islam. Objek penglahirannya berlegar disekitar kosmos alam yang bersangkutan dengan keagungan Tuhan. Bertitik tolak dari inilah muncul kesenian seni kaligrafi Islam yang telah dimulai dari sejak Islam lahir ke muka bumi ini. Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ´seni khat´ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keIslamannya. Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh.

Fakta yang tercatat daripada sumber bertulis – seorang sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi. Tulisan-tulisan yang dihasilkan dinamakan Kufic (Kufi) iaitu tulisan yang tidak bercantum. Ia digunakan sehingga kurun ke-12. Pada kurun ke 10 – seni kaligrafi Islam tersebar ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni. Tulisan kaligrafi Islam ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu khat Kufi, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat Thuluth, Khat Riqa. Tulisan kaligrafi dari jenis Nasakh dijadikan asas dalam mempelajari sistem tulisan Arab di negara berkenaan.